Adobe illustrator
merupakan salah satu daripada rangkaian software adobe yang canggih.
Adobe illustrator memainkan peranan penting dalam pembuatan logo serta
symbol symbol yang berskala besar. Adobe illustrator merupakan salah
satu software yang bertujuan mengedit gambar serta bentuk dalam persepsi
vector.
Vector
? Pasti anda tertanya-tanya apakah itu vector dan apa
signifikannya? Vector adalah gabungan antara line(path) yang membentuk
objek mahupun bentuk. Hal ini membuatkan vector editing software seperti
illustrator ini lebih terkehadapan dalam proses penciptaan logo,
typography berbanding bitmap/raster-based editor seperti photoshop. Masih tidak jelas? Di bawah akan diterangkan perbandingan antara illustrator dan photoshop.
PERBANDINGAN ANTARA ILLUSTRATOR DAN PHOTOSHOP
Hal ini kerana photoshop mencipta imej berdasarkan pixel (dikenali
kotak2 kecil yang akan membentuk imej) manakala illustrator membentuk
imej berdasarkan vector ( line/path ) yang mana tidak akan terjejas dek
zoom in. Masih lagi tak faham? Mari lihat gambar dibawah ini untuk
mendapat kefahaman yang lebih jelas.
User Interface (UI)
Sebelum kita mengekploitasi dengan lebih dalam berkenaan Illustrator,
eloklah dulu kita berkenalan dengan user interface illustrator bagi
memudahkan perjalanan kerja kita kelak dalam menghasilkan seni
menggunakan Illustrator.
Illustrator CS6 UI
Hakikatnya, UI illustrator dan photoshop tidak banyak berbeza pada
zahirnya namun begitu, terdapat banyak perbezaan dari segi editing tool
yang nampak sedikit kompleks berbanding photoshop.
Sebelum
mengorak langkah yang lebih jauh, alangkah comelnya andai kita dapat
membiasakan diri dengan UI ini yang bakal menemani kita di sepanjang
perjalanan ini.
TOOLBOX
Bahan yang biasa digunakan adalah selecting tool , pen tool , gradient
,type tool dan line segment tool. Fungsi ini akan diterangkan dalam
tutorial minggu depan . Teruskan bersama kami untuk mengetahui maklumat
selanjutnya .
PANEL
Panel merupakan bahagian rujukan dimana kita boleh memilih sendiri panel
untuk diletakkan di tepi interface. Kebanyakan panel diletakkan untuk
dijadikan rujukan semasa proses mengedit serta mendapat maklumat
berkenaan sesuatu imej seperti pemilihan warna.
Maka, sudah cukupkah kita belajar setakat pada membaca ? Jadi,tunggu apa
lagi, alang alang dah buka laptop, cubalah untuk mempraktikkan terus
apa yang telah dipelajari. Bak kata orang-orang tua “ experience is the
best teacher” . ^_^
0 komentar:
Posting Komentar