Photoshop
adalah software yang paling banyak digunakan untuk mengedit gambar atau
foto secara profesional, baik meliputi editing yang sederhana mahupun
yang sukar. Photoshop merupakan salah satu software yang berguna untuk
mengolah gambar bitmap, yang mempunyai tool dan efek yang lengkap
sehingga dapat menghasilkan gambar atau foto yang berkualitas tinggi.
Kemudahan Photoshop
- Toolbox
Toolbox disediakan bagi
membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat
pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan
warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna.
Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk
memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu
imej secara digital.
Seterusnya ialah beberapa tool yang sering digunakan.
1. Rectangular Marquee : Digunakan untuk membuat area selection berbentuk segi empat pada image.
2. Move tool : Digunakan untuk menggeser/memindah selection, layers, dan guides.
3. Lasso tool : Digunakan untuk membuat area selection
4. Magic wind tool :
digunakan untuk membuat area selection yang memiliki warna
serupa.Perbezaan toleransi warna dapat dikawal pada tool option bar.
5. Crop tool : Digunakan untuk memangkas image (memotong dan membuang area tertentu dari image)
6. Patch tool/healing
brush tool : Digunakan untuk mengecat/melukis pada area tertentu image
dengan pola (pattern) atau sample tertentu.Sesuai untuk memperbaiki
image yang rosak.
7. Eraser tool : Digunakan untuk menghilangkan pixel image dan mengembalikannya ke state tertentu.
8. Pencil tool : Digunakan untuk menggambar pada halaman dengan menggunakan pensil.
9. Bluur tool : Digunakan untuk menghaluskan/mengaburkan area tertentu pada image.
10. Dodge tool : Digunakan untuk menerangkan warna di area tertentu pada image.
11. Pen tool : Digunakan untuk membuat path dengan lengkung-lengkung yang halus
12. Type tool : Digunakan untuk membuat tulisan.
13. measure tool : Digunakan untuk mengukur jarak atau sudut pada image
14. Radial gradient tool : Digunakan untuk mengecat area yang dipilih (selected area) dengan perpaduan warna.
15. Paint bucket tool : Digunakan untuk mengecat area yang dipilih dengan warna foreground atau pola tertentu.
16. Eyedropper Tool : Digunakan untuk mengambil sample warna pada image untuk warna foreground.
17. Hand tool : Digunakan untuk menggeser/memindah bidang pandang image di dalam window view area.
18. Zoom tool : Digunakan untuk memperbesar atau memperkecil tampilan image.
- Palettes
Photoshop mempunyai banyak palettes, namun kami akan tunjukkan palettes yang biasa digunakan iaitu:
1.Layers
Kemudahan Layers telah
menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa berbanding
perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai
kepingan-kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak
terdapat apa-apa imej pada layer atas, anda boleh menyelak layer di
bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar belakang
imej atau background. Background adalah lapisan yang dilindungi, dimana
filter dan effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.
2.History
History ialah papan yang
mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej anda. Ini
membolehkan anda bekerja pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka
fail yang baru, hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan
kesilapan semasa proses menyunting, anda boleh memilih imej asli iaitu
imej asal tanpa perlu risau jika anda kehilangan punca semasa proses
suntingan dilakukan.
Kegunaan Photoshop
Terlalu banyak kegunaan
adobe photoshop untuk ditunjukkan di sini. Secara umumnya anda boleh
melakukan apa saja ke atas imej anda menggunakan Photoshop seperti
membersihkan kotoran pada foto lama, memotong (crop) bahagian-bahagian
tertentu, mengecilkan saiz gambar, menghasilkan efek tertentu dan
pelbagai kegunaan lain.
Kelebihan Photoshop
Kelebihan Adobe
Photoshop terletak pada filter dimana anda boleh menggunakan filter yang
sedia ada untuk menghasilkan efek-efek tertentu pada imej dan gambar.
Anda boleh memasang filter plug-in yang dibangunkan oleh pembangun
perisian lain. Sebaik sahaja dipasang, filter baru akan dipaparkan di
bahagian menu Filter bersama-sama dengan filter sedia ada. Jika anda
berminat untuk menghasilkan modul plug-in sendiri, anda boleh lakukannya
dengan menghubungi Adobe Systems Developer Support.
Selain filter, kemudahan
layer disediakan untuk melakukan banyak tugas seperti membentuk,
menyembunyi, mempamer, menyalin dan membuang layer.
Sekian sahaja bagi sesi kali ini, moga bersama lagi di sesi akan datang.
0 komentar:
Posting Komentar